Ahad, 1 April 2018

Hari Raya 2018 - 1gm Gold Bar "COMING SOON"



Kepa peminat dan pengumpil Emas Public Gold..1gm PG Edisi Hari Raya Aidil Fitri akan tiba tidak berepa lama lagi..Untuk Tempahan wasup saya dengan segera : www.wasap.my/60192915336




Isnin, 5 Februari 2018

"KELEBIHAN PROGRAM KUMPUL EMAS FIZIKAL GAP (Gold Accumulation Program) PUBLIC GOLD"

"KELEBIHAN PROGRAM KUMPUL EMAS FIZIKAL GAP (Gold Accumulation Program) PUBLIC GOLD"

Kini terdapat satu program pengumpulan emas fizikal terbaik, modal kecil paling selamat bebas gst dan Patuh Syariah dari syarikat pelaburan emas terbesar, sah dan kukuh di Malaysia iaitu Syarikat Pelaburan Emas Public Gold melalui Program GAP ( Gold Accumulation Program) pertama di Asia. Program pengumpulan emas GAP Public Gold adalah program kumpul emas fizikal pertama di Asia yang memudahkan penyimpan emas mengumpul emas modal rendah iaitu minima RM100 atau mengumpul emas 1g 24K dalam akaun GAP.

Kaedah belian emas GAP mirip Akaun Emas bank seperti yang ditawarkan oleh Kuwait Finance House (KFH) atau Gold Investment Account (GIA) Public Bank. Perbezaanya, program GAP membolehkan pengumpul emas dalam akaun GAP boleh mengeluarkan emas fizikal termurah diiktiraf dunia, lbma tanpa cukai gst atau barang kemas bila-bila masa di cawangan Public Gold berdekatan, digunakan untuk mengerjakan umrah atau boleh digunakan untuk membeli pelbagai barangan dan perkhidmatan dalam PG MALL.

KELEBIHAN GOLD ACCUMULATION PROGRAM (GAP) PUBLIC GOLD :

1. PENYIMPANAN EMAS MODAL RENDAH. Program GAP hanya perlukan modal RM100 atau beli emas berketulenan 999.9 ( 24 karat ) 1g iaitu dengan bajet serendah RM188. Klik https://publicgold.com.my bagi melihat harga emas 1g 24 karat GAP public Gold yang dikemaskini sekali sehari pada jam 12:00 malam atau bandingkan dengan harga emas jenama lain.
Hubungi

Message www.wasap.my/60192915336 on WhatsApp




Hubungi www.wasap.my/60192915336.(KuMan) Untuk Keterangan Lanjut.
2. HARGA EMAS PALING MURAH.
Harga emas GAP Public Gold adalah harga emas paling murah kerana ianya adalah harga emas pelaburan berbentuk akaun BEBAS GST namun boleh keluarkan emas fizikal bila-bila masa sahaja kerana Public Gold adalah syarikat emas, bukan bank.

3. PELABURAN EMAS PATUH SYARIAH
Program GAP Public Gold telah di sahkan patuh syariah kerana disokong oleh 100% emas fizikal.

4. BELIAN EMAS SECARA ONLINE.
Emas GAP Public Gold boleh beli secara online 24 jam sehari, 7 hari seminggu dimana sahaja tanpa perlukan kos pengangkutan minyak membeli emas.

5. PENAMBAHAN BELIAN EMAS GAP FLEKSIBAL
Penambahan pembelian emas dalam akaun GAP boleh dilakukan mengikut bajet masing-masing asalkan dalam gandaan 1 gram dan tiada syarat wajib beli dalam jumlah tertentu atau tempoh tertentu.

6. KEAHLIAN PERCUMA TANPA YURAN
Pembelian emas GAP dengan minima RM100 secara otomatik menjadi ahli Public Gold tanpa yuran hangus dan emas dalam akaun GAP disimpan secara percuma tanpa yuran tahunan atau apa-apa caj tambahan.

7. PENGELUARAN EMAS FIZIKAL BILA-BILA MASA
Pengeluaran emas fizikal boleh dilakukan bila-bila masa untuk disimpan sendiri dengan mudah dimana-mana 19 CAWANGAN PUBLIC GOLD MALAYSIA SINGAPURA DAN INDONESIA BERDEKATAN klik www.wasap.my/60192915336 untuk keterangan lanjut.

Contohnya, membeli emas GAP semasa berada di Kuala Lumpur, boleh keluarkan emas fizikal apabila balik ke kampung di Kelantan dan sebagainya kerana Public Gold mempunyai cawangan di seluruh Malaysia. Emas dalam akaun GAP boleh dikeluarkan dalam bentuk fizikal sama ada emas pelaburan seperti gold bar atau emas dinar lbma bebas gst atau barang kemas 916 tanpa cukai gst. Pengeluaran minima akaun GAP kepada bentuk fizikal adalah serendah gold bar 1 gram 24 karat lbma bebas gst dan pengeluaran emas gap kepada emas perhiasan 916 adalah minima 5g.

8. PENGELUARAN EMAS FIZIKAL YANG FLEKSIBAL
Paling menarik dan menguntungkan program GAP adalah kebolehan mengeluarkan emas perbagai saiz, denominasi atau pelbagai design emas. Contoh, jika dalam akaun GAP tersimpan 5 gram, boleh pilih untuk keluarkan 1 gram X 5 keping atau 5 gram X 1 keping. Caj gold premium dikenakan semasa mengeluarkan emas fizikal iaitu jika keluarkan gold bar 1g lbma dikanakan gold premium RM5. Gold Premium adalah caj yang dikenakan ketika membeli emas secara terus atau mengeluarkan emas dalam akaun GAP mengikut item beratnya kerana jongkong emas Public Gold diiktiraf dunia, LBMA tanpa cukai gst yang dikeluarkan di Turki.

9. KEMUDAHAN JUAL EMAS GAP ONLINE
Emas dalam akaun GAP boleh dijual secara online dengan mudah bila kesempitan wang tanpa mengeluarkan emas fizikal.

10. AKAUN EMAS GAP UNTUK MENGERJAKAN UMRAH
Emas dalam akaun GAP Public Gold boleh digunakan untuk mengerjakan umrah apabila mencukupi emas 10 dinar ataupun 42.5g emas dalam akaun GAP.

11. PEMBELIAN BARANGAN DENGAN AKAUN GAP MELALUI PG MALL pg mall public gold PG MALL adalah platform terbaru Public Gold iaitu pembelian pelbagai barangan dan perkhidmatan menggunakan emas GAP. PG MALL akan dilancarkan pada bulan julai 2016 iaitu suatu pusat jual beli barangan dan perkhidmatan menggunakan emas dalam akaun GAP.

12. AKAUN GAP TANPA HAD MASA ATAU JUMLAH
Penyimpanan emas dalam akaun GAP tiada tarikh luput atau had masa dan tiada had jumlah simpanan.

13. EMAS GAP BOLEH DILETAKKAN PENAMA WARIS DAN AKAUN BERSAMA ANAK
Emas dalam akaun GAP boleh dinamakan pewaris dan juga boleh diletakkan nama anak yang berumur kurang 18 tahun melalui akaun bersama atau “joint account”. pembelian emas gap online

Penyimpanan atau penggumpulan emas paling murah, mudah dan selamat seperti kutu emas untuk mendapat emas pelaburan atau barang kemas 916 tanpa risiko kerugian atau ditipu adalah melalui Program GAP Public Gold.
Panduan dan cara membeli emas Program GAP Public Gold.
Klik : www.wasap.my/60192915336 untuk keterangan lanjut.

Selasa, 30 Januari 2018

1G PG Hari Raya_DiJual Tampa GST


Kepada yang berhajat utk Koleksi atau hadiah kepada anakbuah /pekerja2 yg cemerlang di Syarikat Anda..Tentunya 1g gold bar Pg Edisi Hari Raya akan menjadi kenangan yg tak akan dilupakan.. Hubungi Dealer Pg Anda segera untuk harga terbaik 019-2915336

Message www.wasap.my/60192915336 on WhatsApp

Isnin, 29 Januari 2018

1G Gold Bar(Wedding) Public Gold _Di Jual Tampa GST


Kepada suami-suami yang benar2 menyayagi isteri@ isteri2 tercinta hadiahkan lah sekaping gold bar 1g PG yang di seal cantik di hari ulangtahun perkahwinan kita..Tentunya para2 isteri akan bertambah-tambah sayang pada suaminya bila menerima Special Gift nie..

Hubungi Dealer PG Anda dengan segera untuk dapatkan harga yang terbaik :
 Whatsapp 0192915336 
 eMail  tgaztie@gmail.com
 Facebook : https://www.facebook.com/man.gr.9231
 Blog :  https://publicgoldtrg.blogspot.my/

Message www.wasap.my/60192915336 on WhatsApp

DINAR EMAS PUBLIC GOLD_Dijual tampa GST


Selasa, 23 Januari 2018

SEMUANYA BERMULA DENGAN EMAS



SEMUANYA BERMULA DENGAN EMAS

Jemputan kepada semua rakyat TERENGGANU & LUAR TERENGGANU..
Sekiranya anda berada berdekatan kami pada

Tarikh : 26JANUARI 2018
Masa : 3.00 petang - 5.00 petang
Hari : JUMAAT
Tempat : Dewan Seminar Branch Public Gold Kuala Terengganu

Speaker : DR KHAIRUDDIN

anda disarankan hadir beramai - ramai bagi memeriahkan MEGA SEMINAR EMAS ini ..

😍 DISKAUN BELIAN GOLDBAR
😋  ILMU EMAS YANG BERHARGA
🤩  LUCKDRAW EMAS KEPADA YANG HADIR & PEMBELI
🤑 PROMOSI KEAHLIAN DEALER
🤠 PG MALL Shopping LUCKY DRAW

#share post ini

sebarang pertanyaan boleh rujuk kepada EFAH - 0176756916

Ahad, 21 Januari 2018

Public Gold Syarikat Emas Pertama Disahkan Patuh Syariah

Public Gold Syarikat Emas Pertama Disahkan Patuh Syariah


Post image for Public Gold Syarikat Emas Pertama Disahkan Patuh Syariah
8 Februari 2017 (Rabu) lepas, saya berpeluang hadir ke majlis Shariah Certification Press Conference yang diadakan di HQ Public Gold yang terletak di Bayan Lepas, Penang. Hampir setahun selepas pertemuan pertama antara Amanie Advisors Sdn. Bhd. yang diketuai oleh Datuk Dr. Mohd Daud Bakar dengan Public Gold, maka pada 8 Februari lepas diadakan majlis meraikan kejayaan Public Gold mendapat sijil patuh syariah.
Dalam ucapan Datuk Dr. Mohd Daud, barulah saya tahu, rupa-rupanya Public Gold adalah syarikat emas pertama yang mendapat sijil patuh syariah ini di Malaysia. Dan ketika saya menulis artikel ini, Public Gold adalah satu-satunya syarikat emas di Malaysia yang telahpun disahkan patuh shariah.
datuk dr daud bakar mohd zulkifli panel syariah public goldDatuk Dr. Mohd Daud Bakar juga adalah Pengerusi Majlis Pengawasan Syariah Bank Negara Malaysia. Beliau adalah tokoh kewangan Islam yang ternama di Malaysia dan juga di peringkat antarabangsa.

Sejarah Baru Pelaburan Emas di Malaysia

FB datuk dr mohd daud panel syariah public goldPenjelasan peribadi oleh Datuk Dr Mohd Daud Bakar tentang kronologi proses pengesahan syariah Public Gold dan perkembangan standard syariah dalam jual beli emas dunia yang diterajui oleh World Gold Council (WGC) sendiri.
Sekarang, pembeli emas muslim dah boleh berurusniaga dengan Public Gold tanpa was-was lagi, insyaAllah.

Proses Pengesahan Berterusan

Cuma apa yang perlu kita tahu, pengesahan syariah ini bukan bersifat one-off. Masih ada lagi produk Public Gold yang masih dalam proses pengesahan syariah, antaranya akaun emas Gold Accumulation Program (GAP), PG Mall, dan Gold Payment System (GPS). Pihak Public Gold akan buat pengumuman dari semasa ke semasa perkembangan “certification” ini.
Dengan pengesahan ini juga, pihak Amanie Advisors akan membuat audit berkala terhadap Public Gold untuk memastikan urusniaga yang dijalankan adalah mengikut syariah.
Dengan perkembangan ini juga, mudah-mudahan Public Gold  menjadi model yang boleh dicontohi oleh syarikat-syarikat emas lain tertutamanya di Malaysia. Ini adalah sejarah baru bagi industri pelaburan emas di Malaysia, alhamdulillah.
Sekarang, semua orang boleh beli emas tanpa was-was, insyaAllah.

pelaburan emas patuh syariah

TIPS2 MEMULAKAN PELABURAN EMAS

11 TIPS PENTING MEMULAKAN PELABURAN EMAS

tips memulakan pelaburan emas
tips memulakan pelaburan emas

Tips memulakan pelaburan emas untuk dapat keuntungan maksima dengan asas ilmu emas, pemilihan emas, cara pembelian emas dan teknik pelaburan emas terbaik

Pelaburan emas adalah pelaburan terbaik kini sebagai pelindung, insurans, penjana keuntungan dan penyelamat semasa keadaan ekonomi yang tidak menentu dengan  kejatuhan nilai wang, kenaikkan harga barang, peningkatan kos sara hidup serta inflasi. Pada masa peningkatan kos sara hidup kerana kenaikan barangan dan kejatuhan nilai wang, emas dan perak akan menjadi pilihan utama kerana harganya yang sentiasa meningkat terutamanya apabila kejatuhan nilai wang. Umumnya telah mengetahui bahawa nilai wang semakin berkurang dan nilai emas semakin bertambah dalam jangkamasa panjang namun kejatuhan nilai wang yang tinggi pastinya akan meningkatkan lagi harga emas.
Pelaburan emas menjadi pilihan pelabur waktu ekonomi yang tidak menentu kerana pelabur akan bertukar kepada pelaburan yang selamat seperti emas yang kalis inflasi sebagai pelindung kejatuhan nilai wang. Permintaan tinggi terhadap emas akan menyebabkan harga emas meningkat di tambah dengan kejatuhan nilai wang akan menyebabkan harga emas meningkat berganda untuk menjana keuntungan dalam pelaburan emas.
Namun, pelaburan emas juga perlukan ilmu pengetahuan bagi menjana keuntungan maksima dengan memahami pengetahuan asas mengenai emas, pemilihan produk emas terbaik untuk pelaburan, pemilihan syarikat emas, pemilihan cara pembelian emas dan teknik pelaburan emas yang betul.
Pengetahuan asas ilmu emas :
  • 24 Karat iaitu emas 999.9 berketulenan 99.99% emas
  • 22 Karat iaitu emas 916 berketulenan 91.6% emas
  • Emas LBMA, London Bullion Market Association iaitu emas bebas gst
  • Emas bukan LBMA termasuk barang kemas kena cukai gst
  • LBMA Gold Bar iaitu jongkong emas LBMA bebas gst berbentuk empat segi
  • LBMA Gold Wafer iaitu jongkong emas LBMA bebas gst berbentuk bulat
  • LBMA Gold Wafer Dinar iaitu emas dinar berbentuk bulat
  • Non LBMA ialah emas bukan LBMA seperti jongkong emas bungamas atau Tai Fook Public Gold kena cukai gst
  • GAP iaitu Gold Accumulation Program (24K) iaitu harga emas 24 karat GAP
  • LBMA Silver Bar adalah jongkong perak LBMA bebas gst
Senarai di bawah adalah 11 tips penting untuk mula membeli emas bagi memulai pelaburan emas yang betul dan selamat untuk mendapat keuntungan maksima mengikut kesesuaian modal dan citarasa pelabur emas.

Gold Investment Public Gold
11 TIPS MULA PELABURAN EMAS :
  1. Beli Emas Pelaburan Bukan Barang Kemas.
Produk pelaburan emas terbaik adalah membeli dan menyimpan emas pelaburan iaitu gold bar atau emas dinar untuk pelaburan bukan barang kemas . Jongkong emas dan emas dinar sememangnya di buat khusus untuk pelaburan dimana peratus spread atau susut nilai emas yang rendah antara 5% hingga 9% sahaja berbanding peratus spread barang kemas antara 25% hingga 30%. Kesilapan pelaburan emas yang menyimpan barang kemas sebagai pelaburan kerana harga belian emas tinggi kerana dikenakan upah tukang, dikenakan cukai gst seterusnya dapat harga jual yang rendah kerana peratus spread yang tinggi.
  1. Beli Jongkong Emas Termurah Bebas Cukai GST Untuk Keuntungan Maksima.
Jongkong emas yang mendapat pengecualian cukai gst adalah emas yang di iktiraf dunia seperti emas LBMA (London Bullion Market Association). Jongkong emas LBMA akan dapat pengecualian gst semasa membeli atau menjual emas. Elakkan membeli jongkong emas yang dikenakan cukai gst kerana harga emas menjadi mahal sebanyak 6% iaitu peratus spread akan bertambah 6% dari peratus spread asal seperti jongkong emas Bungamas atau Tai Fook Public Gold yang dikenakan gst kecuali untuk mengumpul emas koleksi kerana bentuk seninya yang menarik. Maklumat mengenai jongkong emas LBMA bebas gst klik APAKAH JONGKONG EMAS LBMA.
  1. Beli Emas Dari Syarikat Pelaburan Emas Patuh Syariah.
Pembelian emas melalui urusniaga patuh syariah penting untuk keyakinan, keselamatan dan kebersihan seperti yang dituntut dalam islam. Pengesahan patuh syariah hendaklah daripada badan antarabangsa yang di akui bukannya daripada akuan perseorangan atau sesuatu syarikat emas. Pengesahan patuh syariah bukannya boleh dilakukan dalam tempoh yang singkat kerana memerlukan penelitian, peraturan dan kesahan yang ketat seperti kekukuhan syarikat emas, stok emas, cara urusniaga emas dan sebagainya. Kesilapan pelabur emas ialah mempercayai pelaburan emas patuh syariah yang di istiharkan sendiri pihak tertentu yang menggunakan nama untuk menutupi pelaburan emas tipu atau haram, sedangkan membeli emas tidak dapat emas atau emas tertunggak dengan janji manis imbuhan lumayan.
pelaburan emas patuh syariah
pelaburan emas patuh syariah
Setelah 9 tahun berurus niaga dalam pelaburan emas, pada 8 Februari 2017 Public Gold telah mendapat pengesahan urusniaga emas yang patuh syariah. Public Gold SATU-SATUNYA syarikat pelaburan emas di Malaysia yang telah mendapat pengesahan pelaburan emas patuh syariah. Klik BAGAIMANA URUSNIAGA EMAS PATUH SYARIAH untuk maklumat syarat urusniaga emas yang patuh syariah.
  1. Beli Emas Dari Syarikat Pelaburan Emas Sah Dan Kukuh.
Pelaburan emas adalah pelaburan jangka sederhana dan panjang, jadi untuk mengelak kesukaran atau potongan harga jual emas hendaklah membeli atau menyimpan emas dari syarikat emas yang sah dan kukuh. Kesilapan dalam pelaburan emas jika membeli jongkong emas dari syarikat atau kedai emas yang kecil kerana susah untuk dijual atau mendapat harga jual yang rendah apabila menjual emas kepada syarikat emas yang berlainan. Harga jual emas adalah berlainan walaupun sesuatu jongkong emas berketulenan dan berat yang sama terutama jika menjual kepada syarikat yang berlainan. Public Gold adalah SATU-SATUnya pengeluar emas pelaburan terbesar dan terkukuh Malaysia yang mengeluar emas dan perak untuk pelaburan iaitu gold bar, emas dinar, silver bar di iktiraf dunia LBMA yang dikecuali dari cukai gst dan patuh syariah di Malaysia. Public Gold kini mempunyai 19 cawangan public Gold seluruh Malaysia, Singapura dan Indonesia. Cawangan Public Gold Brunei dan Filipina dirancang akan di buka pada tahun ini 2017. Klik SENARAI CAWANGAN PUBLIC GOLD MALAYSIA SINGAPURA DAN INDONESIA.
  1. Beli Emas Program GAP Bagi Pelabur Modal Kecil.
Pelabur emas modal rendah, sibuk, jauh dari cawangan atau takut menyimpan emas sendiri sesuai beli emas Program GAP ( Gold Accumulation Program) untuk kumpul emas sedikit demi sedikit. Program emas akaun GAP membolehkan penyimpan emas membeli emas dan tersimpan di dalam akaun GAP. Modal yang kecil diperlukan untuk membeli emas GAP iaitu minima RM100 atau 1 gram emas 999.9 atau 24 Karat untuk mengumpul emas, namun boleh keluarkan gold bar atau emas dinar 24K LBMA bila-bila masa di mana-mana cawangan Public Gold. Harga emas 1 gram 24K GAP adalah lebih murah daripada harga belian terus gold bar 1g 24K akan memberi peluang menjana keuntungan apabila membeli pada harga rendah dan mengeluarkan gold bar atau dinar emas 24K lbma bebas gst yang besar yang mempunyai peratus spread yang rendah. Kesilapan dalam pelaburan emas ialah mengumpul gold bar yang kecil seperti membeli dan mengumpul gold bar 1g yang mempunyai peratus spread tinggi. Klik CARA MEMBELI EMAS PROGRAM GAP untuk panduan mula membeli emas modal kecil minima RM100 atau 1g emas 24Karat terus jadi ahli public gold tanpa yuran hangus.
  1. Beli Emas Pelaburan Fizikal Terus Dapat Emas Bagi Pelabur Modal Besar.
Pelabur emas yang mempunyai modal besar iaitu minima modal boleh membeli emas 1 dinar atau gold bar 10g LBMA bebas gst, lebih baik membuat pembelian emas biasa, beli terus dapat emas untuk memaksimakan keuntungan kerana peratus spread lebih rendah. Pembelian jongkong emas fizikal terus dapat emas akan memaksima keuntungan kerana mengurangkan peratus spread emas, mengurangkan risiko ditipu, selamat, mudah di bawa dan mudah di pajak apabila kecemasan, kesempitan wang atau bencana. Klik CARA BELI EMAS PUBLIC GOLD untuk mula membeli emas secara online, dalam tempoh selewatnya 3 hari pergi bayar di cawangan Public Gold berdekatan dan terus dapat emas.
  1. Beli Emas Jadi Dealer Tanpa Yuran Hangus.
Dealer atau pengedar emas adalah pelabur dan peniaga emas. Dealer akan mendapat banyak kelebihan dan keuntungan dalam pelaburan emas iaitu untung dalam pelaburan dan untung apabila berniaga emas. Peringkat terakhir dalam pelaburan emas ialah menjadi dealer atau pengedar emas untuk menjana pendapatan. Public Gold memberi peluang menjadi dealer atau pengedar emas dengan hanya membeli emas tertentu sahaja tanpa yuran hangus. Syarat biasa jadi dealer Public Gold ialah membeli emas minima RM30K terus jadi dealer tanpa yuran, namun boleh juga berpeluang menjadi dealer modal rendah melalui promosi-promosi tertentu seperti promosi pembelian emas 100g, promosi khas untuk penjawat awam dan sebagainya. Maklumat lanjut, promosi terbaru serta info pelaburan emas Public Gold, sila whatsapp 019-9185593 atau boleh di perolehi di fan page facebook EMAS DAN PERAK PUBLIC GOLD. Sila klik dan LIKE untuk mendapat info dan promosi terkini pelaburan emas dan Perak Public Gold.
promosi jadi pengedar emas
promosi jadi pengedar emas
Promosi jadi pengedar emas Public Gold bulan Februari 2017 adalah membeli gold bar 100g 24 Karat LBMA bebas gst secara ansuran 10 bulan. Klik CARA MENJADI DEALER PUBLIC GOLD untuk panduan membeli emas terus jadi dealer Public Gold secara online. Pada Select Payment Option, pilih Easy Payment EPP untuk membeli emas ansuran 10 kali atau 10 bulan.
  1. Beli Emas Pelaburan Mudah Dibeli dan Dijual Dengan Harga Telus.
Pelaburan emas melibatkan urusniaga jual beli emas, jadi harga emas mestilah telus dengan kemudahan jual beli emas sepanjang masa, kemudahan tempat jual beli emas seperti mempunyai banyak cawangan dan harga emas telus mengikut harga emas dunia yang di paparkan sepanjang masa. Kesilapan dalam pelaburan emas jika membeli jongkong emas tidak berjenama, tidak memaparkan harga jual beli emas, peratus spread tinggi atau emas yang kena cukai gst kerana akan mengalami kesukaran atau kerugian untuk mengadai atau menjual balik emas.
  1. Membeli Emas Pelaburan Rendah Spread Atau Susut Nilai Emas.
Cara mendapat keuntungan yang maksima dalam masa yang singkat ialah dengan membeli emas pelaburan yang mempunyai peratus spread (susut nilai) paling rendah. Lagi rendah peratus spread emas, lagi cepat dan banyak keuntungan di perolehi. Bagi penyimpan emas GAP lebih baik mengeluarkan emas fizikal yang besar yang mempunyai spread rendah. Kesilapan dalam pelaburan emas membeli jongkong emas kecil yang mempunyai peratus spread tinggi dengan banyak untuk mengumpul emas. Perlu di ketahui, keuntungan pelaburan emas berbeza walau beratnya sama. Contoh, memiliki sekeping gold bar 20g dengan memiliki 20 keping gold bar 1 g, walau beratnya sama namun sekeping gold bar 20g adalah lebih untung.

tips beli emas public gold
Disenaraikan peratus spread dan gold premium gold bar dan emas dinar LBMA bebas gst sebagai rujukan untuk membeli emas berdasarkan bajet atau modal yang anda miliki. Pelbagai jenis produk emas pelaburan yang boleh di miliki dari keluaran syarikat pelaburan emas terbesar Malaysia, Public Gold sebagai pilihan yang dapat memenuhi citarasa dan matlamat pelaburan. Klik KELEBIHAN EMAS PUBLIC GOLD untuk melihat kelebihan emas Public Gold untuk dijadikan perbandingan dengan syarikat emas lain.
  1. Membeli Emas Dari Wang Simpanan Atau Lebihan.
Pelaburan emas adalah pelaburan jangka sederhana atau panjang yang mempunyai spread emas. Jadi hendaklah membeli emas dari wang simpanan atau lebihan wang bukannya dari wang yang akan diguna dalam masa terdekat kerana penjualan emas dalam masa singkat akan mengalami kerugian kerana belum melepasi peratus spread. Kesilapan pelaburan emas ialah membeli emas dari wang yang akan digunakan dalam masa terdekat, akan mengalami kerugian menjual emas balik kerana belum melepasi spread emas.
  1. Beli Emas Sekarang.
Waktu paling sesuai mula membeli emas adalah sekarang juga. Jangan tunggu harga rendah untuk membeli emas pada permulaan pelaburan emas. Pembelian pertama pembelian emas adalah tapak pelaburan atau ‘benchmark’ (tanda pengukur) harga emas untuk pembelian emas seterusnya. Dimana jika harga emas turun lagi, boleh tambah beli emas dan pastinya akan merendahkan lagi harga emas melalui konsep pemurataan harga. Waktu terbaik untuk membeli emas adalah sewaktu mempunyai wang dan bukannya sewaktu harga emas murah kerana tiada siapa dapat meramal harga emas dan keuntungan pelaburan emas bukan bergantung kepada pembelian emas yang rendah, tapi bergantung juga kepada harga emas semasa menjual emas.
11 tips penting memulakan pelaburan emas semoga bermanfaat untuk mulakan pelaburan emas sebagai pelindung kejatuhan nilai wang, kenaikan harga barang, ketidaktentuan ekonomi dan bina disiplin menabung emas. Adalah suatu kerugian membiarkan menyimpan wang tunai dalam bank waktu kejatuhan nilai wang kerana nilai wang yang menyusut dengan cepat. Tukar wang kepada emas untuk mengelak penyusutan nilai wang, bekalan dana kecemasan, mengelak kebocoran wang dan menjana harta untuk masa depan.

Keterangan Lanjut Hubungi:

Cara Mulakan Pelaburan Emas Modal Kecil

Cara Mulakan Pelaburan Emas Modal Kecil

sumber dari:http://www.mohdzulkifli.com/
Post image for Cara Mulakan Pelaburan Emas Modal KecilTak perlu modal besar untuk mulakan pelaburan emas. Kalau ada bajet sekitar RM250 sebulan pun dah boleh mula menyimpan emas. Bagi saya, yang penting mulakan dulu dengan modal kecil. Bila dah mula, baru cepat faham ilmu pelaburan emas. Bila dah mula, baru faham bila harga emas tinggi ataupun rendah. Selagi tak mula, kekadang nak explain pun susah. Lambat sikit faham berbanding orang yang dah bermula.
Sebelum melabur, saya memang syorkan simpan duit kecemasan dalam bentuk tunai (di bank) sekurang-kurangnya 3 bulan pendapatan. Tetapi bagi siapa yang belum cukup 3 bulan pendapatan, boleh mula beli dulu dengan bajet kecil, antaranya syiling 1 dinar atau gold bar 1 gram. Lepas tu baru fokus cukupkan 3 bulan pendapatan. Mulakan dulu sebagai motivasi menyimpan emas dan kumpul harta.
Bagi yang nak mulakan pelaburan emas dengan modal kecil, mungkin anda boleh pertimbangkan salah satu daripada cara ni;

#1 – Beli Emas Secara GAP

Sekarang, Public Gold sediakan alternatif terbaru penyimpanan emas yang diberi nama Gold Accumulation Program (GAP). Ia memudahkan kita menyimpan emas walaupun dengan modal bawah RM250. Ini kaedah simpan emas paling mudah buat masa ini di Malaysia. Kaedah belian Akaun Emas GAP ni mirip Akaun Emas yang ditawarkan oleh Kuwait Finance House (KFH). Kita boleh beli emas sekecil 1 gram, dan boleh tambah simpanan dari masa ke semasa dengan gandaan 1 gram.
Walaupun ia “akaun emas” tetapi kita boleh keluarkan emas tu dan simpan sendiri. Bagi sesiapa yang tak nak simpan sendiri (sebab takut hilang), emas tu kita boleh simpan dengan Public Gold secara percuma!
(—–>> Untuk faham lebih lanjut tentang pembelian secara GAP, boleh baca artikel saya ″Mudahnya Simpan Emas Dengan GAP Public Gold″)
gold bar 1 gram public gold lbma
Gold bar 1 gram keluaran Public Gold. Boleh dikeluarkan dari akaun GAP.

#2 – Beli Gold Bar 1 Gram

Selain gold bar 1 gram keluaran Public Gold, boleh juga beli gold bar 1 gram yang ada di pasaran. Harganya sekitar RM200 – RM250 sekarang ni. Buat masa ini yangfamous di Malaysia (selain Public Gold) ialah gold bar 1 gram keluaran Power Golddan kedai-kedai emas seperti Poh Kong, Habib Jewal atau Wah Chan.
Mulakan dengan gold bar 1 gram jenama lain pun boleh, tapi secara jujurnya, saya tak galakkan sebab kebanyakkan gold bar 1 gram jenama selain Public Gold, harga per gramnya mahal, dan susut nilainya tinggi. Kalau nak jual balik emas tu nanti, susut nilainya boleh mencecah 20%! Lambat untung berbanding emas yang susut nilainya rendah. Melainkan anda beli emas untuk dijadikan ‘harta karun’ ataupun sekadar untuk koleksi, dan tak fikir langsung untuk jual, itu ok.
gold bar 1 gram power gold
Gold bar 1 gram yang diedarkan oleh syarikat Power Gold.
gold bar 1 gram poh kong
Gold bar 1 gram keluaran Poh Kong
Apa yang perlu sahabat pembaca tahu, harga per gram untuk item “gold bar 1 gram” yang dikeluarkan oleh mana-mana syarikat sekalipun, biasanya lebih mahal berbanding gold bar bersaiz lebih besar. Maksudnya, HARGA PER GRAM untuk gold bar 1 gram biasanya lebih mahal berbanding beli gold bar yang bersaiz 10 gram atau 100 gram. Ini disebabkan minting cost-nya lebih mahal.
Cuma berdasarkan pemerhatian saya setakat ini, satu-satu cara untuk dapatkan gold bar 1 gram termurah di Malaysia hanyalah dengan beli melalui kaedah akaun emas GAP seperti point #1 saya di atas.

#3 – Beli Syiling Emas 1 Dinar

Kalau ada bajet dalam sekitar RM800 – RM850, boleh beli syiling emas 1 dinar (4.25 gram). Beli dan simpan sendiri. Coin 1 dinar biasanya harga per gram lebih murah berbanding gold bar 1 gram. Ini disebabkan coin 1 dinar dikeluarkan khas untuk tujuan pelaburan, sedangkan gold bar 1 gram biasanya dijual sebagai “item koleksi” ataupun sebagai “hadiah” -> harganya lebih mahal.
1 dinar lbma
Syiling 1 dinar keluaran Public Gold, berketulenan 99.99%, berat 4.25 gram.
Banyak jenis dinar yang ada di pasaran sekarang ini, tapi berdasarkan pemerhatian saya, coin 1 dinar Public Gold yang terbaik (buat masa ini) disebabkan harga per gram lebih murah, dan susut nilainya rendah iaitu 9% sahaja. Ia antara yang terendah (paling untung) di Malaysia. Dan paling penting juga, kita jimat daripada membayar caj GST 6% (disebabkan ia emas yang diiktiraf peringkat antarabangsa –London Bullion Market Association). Urusan jual beli pun mudah sebab Public Gold ada 18 cawangan seluruh Malaysia.
(—–>> Untuk pembelian 1 dinar tersebut, boleh daftar secara PERCUMA di website Public Gold dan order secara online. Emas tu nanti boleh ambil di cawangan Public Gold terdekat″)
Selain daripada faktor itu, ada 7 lagi kelebihan kenapa saya syorkan Public Goldkalau sahabat pembaca nak melabur emas di Malaysia. Jangan percaya cakap saya sebab saya adalah ejen Public Gold, cuma apa yang boleh saya katakan, siapa yang nak buat pelaburan emas fizikal di Malaysia tetapi dia tak tahu tentang kelebihan Public Gold, itu sudah satu kerugian besar!
Wallahu a’lam.
Mudah-mudahan dengan tips ringkas ini, sahabat pembaca boleh mulakan langkah pertama menyimpan emas, InsyaAllah…

Ahad, 14 Januari 2018

SEJARAH 10 TAHUN PENUBUHAN PUBLIC GOLD

Sejarah Mengenai Public Gold
Sejarah Mengenai Public Gold
Sejarah mengenai Public Gold setelah 10 tahun penubuhan melalui perkembangan dan peristiwa penting dalam pelaburan emas dan perak bebas gst patuh syariah
Public Gold di tubuhnya secara rasmi pada 23 Mei 2008 dimana pada tahun 2018 Public Gold menyambut ulang tahun penubuhannya yang ke 10 tahun,#PG10. Public Gold yang telah berusia 10 tahun pastinya mempunyai sejarah, peristiwa penting dan perkembangannya yang tersendiri. Public Gold yang telah berusia 10 tahun telah membina pelbagai kemajuan, kematangan, kepercayaan dan kejayaan dalam perniagaan emas dan perak fizikal.
Public Gold 10 Tahun #PG10
Public Gold 10 Tahun #PG10
Semenjak 10 tahun lepas, semua pembeli emas Public Gold akan mendapat emas yang dibeli melalui perkhidmatan dan pengurusan yang cekap yang hanya bermula dengan satu cawangan dan kini tahun 2018 telah mempunyai 19 cawangan Public Gold seluruh Malaysia, Singapura dan Indonesia dan telah menambah pelbagai cabang perniagaan. Public Gold bermula sebagai sebuah syarikat yang menjual dan membeli emas dan perak fizikal untuk pelaburan telah berkembang maju dengan membina cabang perniagaan baru seperti bina 3 cawangan arrahnu emas dan perak iaitu Arrahnu koperasi Dagang Emas,jual barang kemas Aurora Italia, bina muzium emas pertama Malaysia iaituPG Gold Museum dan pusat beli belah online tempatan Malaysia iaitu PG Mall.
Kini Januari 2018 setelah 10 tahun beroperasi Public Gold semakin kukuh, maju dan berkembang yang telah mempunyai ahli berdaftar lebih kurang 150 ribu orang, mempunyai 19 cawangan seluruh Malaysia, satu cawangan di Singapura, satu cawangan di Jakarta Indonesia,3 cawangan arrahnu koperasi dagang emas, barang kemas Aurora Italia, PG Gold Museum dan PG Mall. Sejarah mengenai Public Gold daripada peristiwa penting (Public Gold Milestone) setelah beroperasi 10 tahun adalah seperti di bawah.
SEJARAH MENGENAI PUBLIC GOLD SETELAH 10 TAHUN BEROPERASI
Public Gold ditubuhkan pada 23 Mei 2008 dengan nama korporat Public Fine Gold International Sdn Bhd. Pada 1 september 2008 Public Gold telah membuka cawangan pertama di Bukit jambul Penang dengan menambah modal kepada RM1 juta. Pada 18 Oktober 2008 public gold telah melancarkan Public Gold Bar iaitu jongkong emas pelaburan yang terdiri daripada gold bar 999.9 dan emas dinar 916. Gold bar Public Gold telah disenaraikan dalam Malaysia Book Of Record sebagai jongkong emas bersijil dan termurah di Malaysia pada 8 April 2009. Seterusnya Public Gold telah membuka cawangan kedua dan ketiga di Jalan Bishop Penang dan Bandar Sunway petaling Jaya. Arrahnu Public Gold iaitu Koperasi Dagang Emas telah ditubuhkan pada 29 November 2009. Public Gold telah menambah lagi modal syarikat kepada RM10 juta.
Pada 23 Februari 2010 Public Gold telah membuka cawangan Public Gold ke empat di Kelantan iaitu di Jalan Kebun Sultan. Pada Masa inilah saya memulakan pelaburan emas Public Gold setelah menghadiri seminar emas dan mengali ilmu pelaburan emas fizikal. Pada waktu ini terdapat banyak pelaburan emas termasuklah pelaburan emas tipu atau skim cepat kaya, namun syarikat emas fizikal sebenar yang menjual jongkong emas fizikal untuk pelaburan adalahPublic Gold, dinar emas Kelantan, gsr, seri ayu dan sebagainya. Setelah membuat penelitian dan perbandingan dalam semua aspek seperti harga emas, peratus spread, kekukuhan syarikat, daya maju syarikat dan sebagainya, saya telah memilih Pelaburan Emas Fizikal Public Gold.
Sejarah Barang Kemas Public Gold
Sejarah Barang Kemas Public Gold
Public Gold telah melancarkan barang kemas untuk perhiasan 916 dan jongkong perak pada 28 Februari 2010. Jongkong perak Public Gold juga telah tersenarai dalam Malaysia Book of Record sebagai syarikat tempatan pertama mengeluarkan jongkong perak. Kepesatan dalam pelaburan emas dan perak menyebabkan public gold meluaskan lagi empayer perniagaan emas dengan membuka cawangannya ke 5 di Ipoh, ke 6 di Sungai Petani dan cawangan ke 7 di Johor. Klik KELEBIHAN EMAS DAN PERAK PUBLIC GOLD untuk maklumat kelebihan produk emas dan perak Public Gold.
Public Gold telah menukar nama korporat dari Public Fine Gold International Sdn Bhd kepada Public Gold Marketing Sdn. Bhd pada 25 januari 2011. Tahun 2011 adalah tahun kegemilangan emas kerana harga emas yang sentiasa meningkat. Public Gold terus mengembangkan sayap perniagaan dengan membuka banyak lagi cawangan seperti di Kuantan, Kuala Terengganu, Kuching, Melaka, Seremban, Alor Setar dan Ampang. Pada bulan jun 2011 Public Gold telah membuka cawangan Public Gold Singapura atas nama Public Gold Marketing Pte. Ltd.
Pejabat Korporat Public Gold Corporate Office di Bayan Lepas pulau Pinang di rasmikan pada 15 mac 2012 oleh Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah dan seterusnya dilancarkan koleksi emas dinar dan dirham khas Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong and Raja Permaisuri Agong. Cawangan Public Gold ke 15, 16 dan 17 telah dibuka di Kajang, Kota Kinabalu dan Klang. Akhir tahun 2012 Public Gold telah melancarkan gold bar Tai Fook dan seterusnya gold bar Bungamas.
Mengenai Emas Dan Perak Public Gold
Mengenai Emas Dan Perak Public Gold
Tahun 2014 adalah tahun bagi pelaksanaan cukai GST terhadap barangan dan perkhidmatan termasuklah emas. Public Gold telah berusaha keras dan mendapat penyelesaian supaya emas pelaburan Public Gold bebas dari cukai gst. Syarat mendapat pengecualian cukai gst terhadap emas adalah mesti emas pelaburan berketulenan 999.9 dan di iktiraf dunia. Jadi Public Gold telah bekerjasama dengan syarikat emas antarabangsa dari Turki iaitu Nadir Metal Rafineri bagi mengimport gold bar dan emas dinar 999.9 LBMA yang bebas gst. Dinar emas 916 Public Gold di ubah kepada emas dinar 999.9 atau 24 Karat lbma bagi mendapat pengecualian cukai gst.
Kilang Emas LBMA Nadir Metal Rafineri
Kilang Emas LBMA Nadir Metal Rafineri
Saya juga berkesempatan ke kilang emas Nadir Metal Rafineri Turki bagi melihat sendiri proses pembuatan emas LBMA. Ini menyebabkan Public Gold adalah SATU-SATUnya syarikat emas di Malaysia yang menjual dan membeli emas pelaburan tanpa cukai gst.
Program GAP Public Gold Patuh Syariah
Program GAP Public Gold Patuh Syariah
Public Gold juga telah melancarkan Program GAP (Gold Accumulation Program) iaitu program kumpul emas pertama di Malaysia dan Asia pada 15 Julai 2014. Program Penggumpulan Emas (GAP) membolehkan orang awam mengumpul emas dalam akaun emas GAP dengan modal rendah dan di sokong oleh 100% emas fizikal, iaitu boleh mengeluarkan jongkong emas fizikal di semua cawangan Public Gold. Program GAP mendapat sambutan hangat dari semua lapisan masyarakat kerana peluang membeli dan mengumpul emas modal rendah menyebabkan Public Gold telah meningkatkan perkhidmatan dan sistem online dengan menggunakan Oracle Database. Majlis tandatangan rasmi antara Public Gold dan Nadir Metal Rafineri San. Ve Tic. A.Ş & Oracle Corporation dibuat pada 15 Januari 2015 di Public Gold Global Business Centre, Bayan Lepas Penang.
Public Gold Indonesia
Public Gold Indonesia
Peristiwa penting Public Gold pada tahun 2015 adalah pembukaan SATU-SATUnya muzium emas di Malaysia iaitu PG Gold Museum yang bertempat di Bishop, Penang dan menjalin kerjasama dengan Arrahnu Pos Malaysiaiaitu agen korporat Public Gold dalam memasarkan emas fizikal Public Gold melalui lebih 65 cawangan POS Arrahnu seluruh Malaysia. Tahun 2016 adalah peristiwa bersejarah apabila Public Gold telah mengembangkan perniagaan di di Indonesia iaitu Negara terbesar Asean dengan membuka cawangan Public Gold di Jakarta, Indonesia. Maklumat pengalaman mengunjungi cawangan Public Gold Indonesia klik PENGALAMAN PERCUTIAN KE CAWANGAN PUBLIC GOLD JAKARTA.
Kempen Pg Mall
Kempen Pg Mall
Public Gold mengembangkan lagi sayap perniagaan apabila telah daftar dan melancarkan pembelian online PERTAMA di dunia menggunakan GoldCash dan wang melalui PG MALL melalui url www.pgmall.my pada 16 julai 2016. PG MALL adalah pusat beli belah online tempatan Malaysia dengan usahasama Pos Laju Malaysia dan Usahawan Internet Malaysia (PUIM) sebagai PG MALL PUSAT BELI BELAH ONLINE atau PENGIKLANAN PERCUMA PERNIAGAAN DI PG MALL.
Public Gold semakin kukuh dan berkembang maju apabila semakin banyak cawangan telah di pindahkan ke bangunan Public Gold sendiri seperti :
  • Cawangan Public Gold Ipoh telah dipindah kepada bangunan 3 tingkat di No 28, Jalan Yang Kalsom,30250 Ipoh, Perak
  • Cawangan Public Gold Kota Bahru telah dipindah kepada bangunan 3 tingkat di Lot 342, Seksyen 21, Jalan Sultan Yahya Petra, Bandar Kota Bahru, 15200 Kota Bahru, Kelantan pada 1st August 2016
  • Cawangan Public Gold Sg. Petani telah dipindah kepada bangunan 3 tingkat di No.24-C, Jalan Kampung Baru, 08000 Sg Petani, Kedah pada 15th November 2016
  • Cawangan Public Gold Kuala Terengganu telah dipindah kepada bangunan 3 tingkat di No. 1F, Jalan Air Jernih, 20300 Kuala Terengganu, Terengganu pada 1st November 2017
Public Gold juga telah semakin banyak membuka kedai atau Kiosk untuk jualan barang kemas AURORA ITALIA seperti di Lot GF-K6 Queensbay Mall, Penang pada 15th July 2017 dan Kiosk di Lot GF-K6, Ground Floor Mid Valley Megamall, Kuala Lumpur pada 19th August 2017
Pelaburan Emas Patuh Syariah
Pelaburan Emas Patuh Syariah
Peristiwa paling menggembirakan ialah apabila Pelaburan Emas Public Gold DI SAHKAN PATUH SYARIAH. Pada 8 februari 2017 Public Gold mendapat pengiktirafan Syarikat PERTAMA di dunia yang mendapat pengiktirafan jual beli emas dan perak fizikal dan belian emas ansuran (EPP) PATUH SYARIAH dari Amanie Advisors Sdn Bhd. Seterusnya pada 29 september 2017 telah menerima sijil PROGRAM KUMPUL EMAS (GAP) DAN PROGRAM KUMPUL PERAK (SAP) PATUH SYARIAH dari Amanie Advisors Sdn Bhd melalui pengerusi dan perunding syariah Public Gold iaitu Datuk Dr. Mohd Daud Bakar yang merupakan pengerusi syariah advisory Council (SAC) Bank Negara Malaysia (BNM).
pelaburan emas dan perak patuh syariah
pelaburan emas dan perak patuh syariah
Kepercayaan ke atas produk dan perkhidmatan Public Gold adalah faktor utama kejayaan Public Gold semenjak 2018 bertepatan dengan falsafah founder Public Gold Datuk Wira Louis Ng iaitu “Built On A Decade Of Trust”.Setelah 10 tahun beroperasi, public Gold telah di yakini sebagai syarikat pelaburan emas fizikal terbesar dan terbaik Malaysia melalui produk serta perkhidmatan terbaik. Public Gold adalah SATU-SATUnya pengeluar emas dan perak termurah, diiktiraf dunia LBMA, bebas gst, disahkan patuh syariah di Malaysia. Public Gold adalah syarikat emas yang menyediakan servis dan perkhidmatan yang tiada di mana-mana syarikat emas lain seperti Akaun Emas Fizikal GAP merupakan satu program penggumpulan emas fizikal yang paling mudah untuk semua lapisan masyarakat menyimpan emas modal kecil, termurah, bebas gst, selamat dan juga Patuh Syariah. Klik CARA BELI 1 GRAM EMAS GAP UNTUK MULA KUMPUL EMAS untuk panduan mula beli 1g emas GAP terus menjadi ahli Public Gold bagi mula mengumpul emas sedikit demi sedikit dan apabila emas banyak terkumpul boleh upgrade menjadi dealer Public Gold.
Promosi Dealer Public Gold Tahun Baru 2018
Promosi Dealer Public Gold Tahun Baru 2018
Public Gold juga SATU-SATUnya syarikat emas yang memberi peluang perniagaan kukuh untuk sepanjang hayat dengan menjadi dealer public Gold dengan hanya membeli produk emas public gold tanpa yuran. Promosi Public Gold Tahun Baru Gold 2018 adalah peluang menjadi normal dealer Public Gold dengan membeli emas 100 gram GAP patuh syariah dan dapat percuma FREE RM200 untuk beli belah online di PG MALL atau menjadi Priority Dealer dengan membeli 250 gram GAP patuh syariah dan dapat percuma FREE RM500 untuk beli belah online di PG MALL.
Rebut peluang berniaga emas fizikal yang sah, kukuh dan patuh syariah dengan menjadi dealer Public Gold dengan hanya membeli 100g emas GAP Patuh Syariah tanpa yuran hangus yang terhad hanya kepada 100 dealer baru terawal sahaja dalam tempoh 1 januari 2018 hingga 31 januari 2018. Syarat biasa menjadi normal dealer Public Gold ialah membeli emas minima RM30k dan untuk menjadi priority dealer ialah membeli emas minima RM200k.
CARA BELI EMAS GAP 100 GRAM TERUS JADI DEALER PUBLIC GOLD
Cara mudah membeli emas GAP sebanyak 100g terus menjadi normal dealer Public Gold tanpa yuran dan boleh terus keluarkan pelbagai gold bar atau emas dinar 999.9 (24 karat) lbma bebas gst patuh syariah bila-bila masa di mana-mana 19 cawangan Public Gold iaitu lihat harga emas 1g harian semasa dihttps://publicgold.com.my dan darabkan dengan 100 untuk membeli 100 gram emas GAP. Contoh, jika harga emas 1g GOLD ACCUMULATION PROGRAM RM188 segram, maka 100 gram ialah RM18,800.
Harga Emas 1g GAP
Harga Emas 1g GAP
Dua cara beli emas gap 100g terus jadi dealer iaitu :
  1. BELI EMAS GAP TANPA KUNJUNGI CAWANGAN PUBLIC GOLD
Masukkan wang/bank in/transfer ke Akaun Bank Public Gold dan menghantar gambar resit bank in/transfer berserta maklumat pembeli ke Whatsapp 019-9185593 (Star Master Dealer Public Gold, PG001425) seperti cara di bawah :
Bank in / transfer RM18,800 ke akaun PUBLIC GOLD MARKETING SDN BHD bernombor 5571-3923-8048 (maybank) ATAU bernombor 3167-52-0833 (public bank)
Snap atau ambil gambar resit bank in/transfer dan hantar gambar resit bank in/transfer DAN maklumat dibawah ke whatsapp saya 019-9185593 untuk saya proses pembelian dan pendaftaran menjadi dealer Public Gold.
  • PG NEW BELI GAP RM18,800
  • Tarikh belian : (tercatat pada resit bank in)
  • Masa belian : (tercatat pada resit bank in)
  • Nama penuh :
  • Nombor IC :
  • Nombor Tel :
  • Email :
  • Item pembelian : Beli Gap RM18,800
  • Nama introducer : Mohd Zaidi Junus
  • Kod pg introducer : PG001425
  • Catatan : Promosi New Year terus menjadi normal dealer Public Gold.
  • Disertakan gambar resit pembelian bank in/transfer
Selepas diproses, anda akan terus mendapat emel dari Public Gold yang disertakan sales order, kod pg dan password untuk login ke website Public Gold dan saya akan beri panduan serta bimbingan selanjutnya.
2 : BELI EMAS GAP DI CAWANGAN PUBLIC GOLD
Pembelian emas GAP juga boleh di lakukan di cawangan Public Gold berdekatan dengan membawa wang tunai RM18,800 atau resit bank in/transfer ke akaun Public Gold seperti di atas dan kad pengenalan. Klik ALAMAT DAN TELEFON 19 CAWANGAN PUBLIC GOLD MALAYSIA SINGAPURA DAN INDONESIA untuk melihat alamat 19 cawangan public gold berdekatan anda. Semasa membeli emas GAP, beritahu staff public gold bertugas :
“Mahu beli 100g emas gap RM18,800 untuk menjadi dealer Public Gold melalui promosi Tahun Baru dimana NAMA INTRODUCER ialah MOHD ZAIDI BIN JUNUS dan KOD PG INTRODUCER ialah PG001425
PG10 Buy & Win Campaign
PG10 Buy & Win Campaign
Rebut peluang membeli 100g emas gap terus menjadi normal dealer Public Gold atau membeli apa saja produk emas pelaburan Public Gold minima 0.5 gram pada harga emas rendah kini untuk memenangi cabutan bertuah melalui promosi buy & win campaign dari 1 november hingga 31 januari 2018. Cepat bertindak membeli emas Public Gold termurah bebas gst dan patuh syariah sebagai pelindung kejatuhan wang, bekalan dana kecemasan, pengelak kebocoran wang, menjana harta kekayaan dan menjana pendapatan aktif dan pasif untuk sepanjang hayat. Pembelian emas Public Gold juga boleh dilakukan secara runcit (non GAP) iaitu beli online dan terus dapatkan emas di cawangan public Gold berdekatan atau arrahnu pos Malaysia berdekatan dengan klik PANDUAN BELI EMAS PUBLIC GOLD ONLINE.